Excerpt from “Thailand’s Most Sacred Monk — Exposed: 9 Bank Accounts, $15M Vanished” by Crime Confidential – May 21, 2025: Pada pagi 15 Mei 2025, orang di seluruh Thailand menyaksikan sesuatu yang tak pernah berlaku dahulu: biksu yang sangat dihormati dalam negara didakwa melakukan jenayah. Penyiasat mula memeriksa seluruh sistem perbankan Wat Rai Khing, sebuah tokong yang terkenal dengan kerap menerima sumbangan amal yang besar dari seluruh Thailand. Lebih AS$9 juta telah disalurkan dari dana tokong ke dalam akaun peribadi ketua biksu itu antara 2021 dan 2025. Tetapi ini tidak berhenti di sana. Bahagian jenayah siber telah menemui bukti yang lagi teruk. Mereka menjejaki profil dalam talian yang berkaitan dengan ketua biksu itu yang muncul dalam pangkalan data pelbagai laman sesawang judi. Jumlah transaksi yang berkaitan dengan namanya, termasuk pertaruhan yang dibuat, kemenangan dan kerugian berjumlah lebih AS$15 juta. Phra Yaem dilaporkan mula ketagih judi seawal 2021 dan secara beransur-ansur berkembang menjadi tingkah laku kompulsif. Pada mulanya, dia mempertaruhkan berpuluh-puluh ribu dolar tetapi selepas kerugian yg semakin bertambah, dia mula menyalurkan derma tokong dalam usaha terdesak untuk mendapat balik. Lagi banyak dia berjudi lebih banyak dia rugi. Akhirnya, dia menggelapkan lebih AS$9 juta. Ini tidak berhenti di sana. Setelah dana tokong habis, ketua biksu ini mula meminjam wang daripada biksu senior di tokong jiran, meminta jumlah dari AS$3,000 hingga AS$30,100, mendakwa bahawa itu utk menampung kekurangan kewangan sementara di Wat Rai Khing. Sekurang-kurangnya beberapa orang biksu tinggi, disebabkan menghormati reputasi Chao Khun Yaem, memindahkan wang dari dana tokong mereka sendiri untuk menyokong dia. Pada realitinya, wang itu disalurkan terus ke dalam sesi perjudiannya yang tiada penghujungnya.Excerpt from “Pattaya area monk defrocked after public disturbance, admitting to meth use, and relationship with a temple boy” by The Pattaya News Thailand – Sept. 20, 2024: Seorang biksu yg dikatakan transjantina di Pattaya telah dilucutkan jawatan dan ditangkap selepas mengaku menggunakan dadah dan menyebabkan gangguan di sebuah tokong tempatan. Ini berlaku sekitar jam 8 malam pada 18 September (2024) apabila polis Pattaya menerima laporan tentang seorang biksu yang kelihatan berhalusinasi dan berkelakuan tidak menentu di Wat Boonkanjanaram di daerah kecil Nongprue. Pihak berkuasa dan wartawan kami segera pergi ke tempat kejadian dan menjumpai biksu yang berada dalam keadaan khayal itu. Apabila pegawai polis cuba menyoal dia dan berikan bantuan, biksu itu dilaporkan mengaku bahawa dia gunakan syabu kristal awal hari ini yang katanya diperoleh daripada seorang pembantu tokong muda yang tidak dapat dikenal pasti yang katanya dia juga ada hubungan asmara dengannya.Dan lain-lain…
Jadi mana boleh manusia, dengan kehidupan yang sibuk, mencari duit, mencari hidup, mana boleh ada masa untuk mengkaji begitu banyak kitab Buddha, Bible Kristian atau sebarang kitab yang lain seperti al-Quran atau sebarang ajaran Suci yang lain? Mereka tiada masa untuk mengkaji, jadi rasa bahawa biksu ada masa untuk lebih banyak mengkaji daripada mereka, bahawa biksu mengetahui segalanya, biksu dapat mengajar mereka, biksu adalah suci, jadi biksu ialah santo dan ada kuasa berkat. Mereka percayai semua itu, jadi mengikut mereka, kerana lebih senang daripada mengikut saya. banyak orang memanggil mereka sebagai Buddha juga. Mereka juga ada patung sendiri yang dibuat sebesar Buddha supaya orang malah perlu bayar untuknya atau bersujud kepadanya seperti kepada Buddha dan bukan percaya kepada Buddha sendiri. Begitu banyak perkara macam itu berlaku di mana-mana saja.Atau walaupun seorang biksu yang tidak tinggal di tokong, tetap memandu keluar dan menjual gambar Buddha dengan harga yang sangat mahal. Sesetengah orang mengadu. Macam gambar Buddha ialah barang niaga untuk dijual supaya dia boleh hidup dengannya. Dia malah menggelar diri sebagai ‘du tăng’. Itu bermaksud ‘du côn’, bermaksud ‘gengster’. Panggilnya ‘du thủ, du thực’ saja di Âu Lạc (Vietnam), ‘du tăng’. Jadi ‘du tăng’ adalah satu perkataan berbeza dengan ‘du côn’. Kerana semasa bercakap, orang itu, biksu itu bercakap di televisyen, apabila saya lihat, dia bercakap seperti ‘du côn’ di luar, memang. Suara dan perangainya, semuanya palsu.Melafazkan banyak nama Buddha, macam dia tahu akan banyak Nama Buddha. Apa gunanya itu? Anda mengatakan susu adalah tidak sama dengan anda minum susu, bermakna jika anda melafazkan Nama Buddha dengan penuh keikhlasan dan rasa hormat serta kebijaksanaan bermakrifat, itu pelafazan sebenar, bukan menghafal begitu banyak nama, kemudian menunjuk-nunjuk di depan audiens macam itu. Sesetengah kononnya biksu seperti dia membuat bising, dan/atau malah buat kacau ke mana-mana pun mereka pergi – di negara mereka sendiri atau di negara asing – membuat polis bekerja lebih keras!!Malah memakai banyak jubah berwarna-warni, seolah-olah agama Buddha ialah sejenis gurauan – suatu fesyen, jenis gaya mengikut fesyen atau sesuatu. Ya Tuhan, dan semua ‘Buddha’ itu tumbuh bagai cendawan di mana-mana saja. Anda ikut mereka, anda tak perlu amalkan diet vegetarian atau vegan atau apa-apa pun, hanya beli ‘gambar Buddha’ atau/dan dermakan wang untuk kereta dan makanannya! Anda tak perlu mematuhi Lima Rukun, apa-apa pun. Jadi adalah lebih senang memberikan wang kepada mereka dan anda ada seorang ‘guru spiritual’, atau dia tidak berikan apa-apa pun. Dia hanya salahgunakan kebaikan anda, mempergunakan kepercayaan anda kepada Buddha, Nabi Isa atau Tuhan. Jadi mereka di sana hanya untuk kemasyhuran dan wang. Tiada apa-apa yang dapat mereka buat untuk anda. Mereka tak dapat memakrifatkan diri sendiri pun. Mereka tak dapat bebaskan diri pun. Mana dapat mereka bebaskan anda? Mereka tiada sebarang kuasa. Kuasa, mereka perlu adanya dari dalam.Buddha kelihatan seperti setiap biksu-Nya tetapi Kuasa-Nya berbeza dengan kuasa Ananda, kuasa Sariputra atau kuasa biksu-biksu yang lain. Sama seperti Buddha ialah pokok beringin yang besar, dan biksu hanyalah anak pokok dan bertumbuh semakin besar tetapi tak dapat menjadi begitu purba, begitu berkuasa, begitu megah seperti Buddha, berbanding dgn Baginda, seolah-olah Baginda ialah pokok purba yang besar. Tetapi kononnya biksu yang pergi ke sana sini dan menggelar diri sebagai Buddha, bayang-bayangkan atau biar orang memanggil mereka sebagai Buddha ini tiada apa-apa pun. Mungkin mereka hanyalah tunas kecil, jika ialah apa-apa, tapi bercakap begitu besar dan ‘Biar kita menjadi terkenal’ dan ‘Buddha ini, Buddha itu’ – memualkan.Maafkanlah kebenaran saya, kerana jika saya bohongi anda, Buddha akan hukum saya di neraka. Tuhan akan membuang saya ke alam kosong atau hukum saya di neraka selama-lamanya jika saya bohongi anda. Tetapi orang di luar ini, banyak Buddha palsu di sana mengatakan apa-apa saja. Mereka tak teragak-agak utk berbohong, menipu anda supaya mereka boleh menjadi lebih terkenal, lebih kaya, mengisi perut dengan banyak makanan, dan memakai pakaian baharu atau apa-apa saja pakaian yang mereka nak pakai. Saya memakai semua pakaian itu kerana saya mereka bentuknya supaya orang dapat lihatnya, kemudian boleh beli jika mahu, atau tidak beli. Kami tak pernah memaksa, bayangkan atau mendesak sesiapa supaya beli mana-mana produk saya. Mereka sukanya.Pada asalnya, saya tak berfikir nak membuatnya tapi buat beberapanya untuk diri sendiri bagi pertemuan untuk berjumpa dgn pegawai kerajaan dan sebagainya. Saya tiada apa-apa pakaian, jadi mereka bentuk beberapanya. Kemudian orang lihatnya, suka akannya, jadi mahukannya. Jadi saya perlu mereka bentuk lebih byk untuk mrk dan ia jadi macam perniagaan Ia tidak dimaksudkan macam itu. Tetapi saya memerlukan wang juga. Siapa yang akan membayar berjuta-juta untuk kos Supreme Master Television?Tak banyak adalah percuma di dunia ini, tak banyak. Jadi kita perlu. Jika tidak, mengapa? Adakah saya perlu memaksa anak murid supaya menderma kepada saya? Untuk pakaian saya, makanan saya, malah khemah saya? Jika saya tak berduit, bagimana saya mampu beli semua itu? Kemudian berikan kepada orang miskin, bantu orang-haiwan yang kesian dan buat siaran Supreme Master Television, itu yang penting untuk menyebarkan Kebenaran, menyebarkan Berkat daripada Tuhan. Jika saya tidak gunakan bakat badan fizikal ini, maka saya hanya buat… Saya tak dapat buat apa-apa pun. Saya tak berguna, lebih tak berguna walaupun saya rasa saya masih sangat tak berguna sekarang kerana saya banyak bercakap tetapi tak banyak orang berubah jadi vegan, tidak seluruh dunia berubah menjadi vegan supaya kita dapat memenuhi kuota 96%.Yang selebihnya ialah syaitan, jadi kita tak boleh pedulikan mereka pun, bergantung pada mereka untuk menjadi vegan atau apa-apa. Mereka makan mayat. Atau jika saya dapat tangkap mereka, mereka akan dihantar ke neraka. Saya berazam untuk buat begitu. Banyak entiti sudah pergi ke alam-alam yang berlainan seperti syaitan ghairah, Raja Hantu Ghairah bersama kumpulannya. Mereka semua telah pergi ke Syurga-syurga berlainan yg saya cipta untuk mereka dengan Rahmat Tuhan. Yang selebihnya ialah manusia, manusia campuran atau bukan manusia. Kita akan alami lebih banyak pengaruh syaitan jika bekas makhluk negatif ini tidak pergi ke Syurga yang saya cipta untuk mereka, dan sudah ada banyak yang ditangkap dan ditempatkan di neraka. Jika tidak, anda akan ada lebih banyak syaitan, hantu atau goblin negatif ini, apa-apa saja, yang jahat, pergi ke sana sini, membuat kacau terhadap orang.Kerana orang hari ini tiada standard moral yang mencukupi, tiada kuasa akhlak mulia yang mencukupi, tiada berkat yang mencukupi. Semuanya ialah kuasa mereka jika mereka mahu gunakannya. Tetapi tidak, mereka bertambah buruk, mendengar segala kata-kata buruk, negatif daripada maya, daripada hantu dan syaitan yg tertinggal. Tetapi saya tangkap mereka setiap kali boleh. Mereka melarikan diri, bersembunyi dan sebagainya. Banyak syaitan bersembunyi di dalam badan manusia – kita panggil mereka kena rasuk. Ini ialah orang kena rasuk. Kita tak boleh menyalahkan semua hantu dan syaitan juga. Ini ialah manusia yang kononnya kena rasuk kerana mengundang mereka dengan tenaga rendah dan nafsu serakah mereka sendiri atau jenis gaya hidup, pemikiran atau kecenderungan yang tidak suci, jadi syaitan boleh dekati mereka dan mengambil badan mereka untuk kegunaan mereka. Kadangkala mereka masuk ke dalam badan orang itu untuk sesuatu atau bunuh seseorang supaya mereka dapat makan mayat.Kadangkala mereka keluar. Mereka tak sentiasa berada di dalam badan manusia. Sesetengahnya begitu tetapi sesetengahnya tidak. Mereka gunakannya seperti bilik hotel dan buat apa-apa saja yang boleh. Orang yang dirasuk itu tak berdaya, tak dapat buat apa-apa untuk membebaskan diri daripada makhluk halus jahat itu dan buat apa-apa saja yg mereka mahu. Akan begitu juga bagi mana-mana manusia yang lain apabila mereka tidak kembali kepada kehidupan yang mulia, jika mereka tidak memilih gaya hidup penuh kemurahan seperti menjadi vegan dan bertaubat. Itu saja yang perlu mereka buat, benar-benar bertaubat, memohon ampun dengan ikhlas, memohon ampun dengan rendah diri. Jika mereka tidak buat begitu, maka mereka akan menjadi sama seperti mereka yang sudah merasuk badan manusia lain. Kemudian tak lama selepas saringan siap, jika mereka masih tidak mengikut Jalan Tuhan, maka mereka juga akan dihambakan oleh syaitan seperti sesetengah daripada mereka yang sudah pun begitu sekarang. Banyak daripada mereka sudah pun begitu sekarang.Atau juga mengikut biksu palsu, guru spiritual palsu, memuliakan mereka sebagai ‘Buddha’ dan sebagainya. Dengan melakukan itu, anda juga akan ada karma neraka selama-lamanya kerana anda menghina Buddha sebenar. Mereka hanya biasa saja, tidak berkuasa, buruk, berdosa dan berperingkat rendah sekali tetapi anda bandingkan mereka dengan Buddha, maka anda buat perbuatan berdosa besar sekali kpd diri dan memudaratkan diri. Saya bercakap benar. Saya tidak takut menyinggung perasaan sesiapa pun kerana jika saya menyinggung perasaan mereka, padan muka mereka juga kerana mereka tidak layak dipanggil sebagai Buddha. Tidak sama sekali! Tidak layak mencuci kuku Buddha pun. Tetapi mereka berani keluar ke khalayak ramai secara terbuka dan berkata mereka ialah Buddha atau bayangkannya utk biar anak murid memanggil mereka sebagai Buddha, hanya ajarkan beberapa kata mudah. Sesiapa pun boleh mengajar macam itu kerana ada buku kebijaksanaan purba, atau anda boleh meniru Guru lain, seperti Trần Tâm meniru saya, atau mengajar mereka beberapa pergerakan. Itu sama seperti guru tarian, mengajar mereka tarian. Itu saja. Tiada kuasa atau apa-apa pun. Apa-apa pun, mereka hanya bayangkan atau nampak cahaya hijau Astral, kemudian ingat itu Cahaya Buddha. Tidak, tidak, tak begitu senang.Photo Caption: Hidup Biak di Hutan Bebas Syukur kepada TUHAN atas yg Terbaik!Betapa Senangnya utk Menyelamatkan Diri Anda!! Bahagian 11 daripada 15
2025-06-29
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Gereja bukanlah gereja lagi. Itu rumah sembelih. Semua penganut diajar supaya mengubah gereja menjadi rumah sembelih, malah galakkan orang supaya melakukan pengguguran, malah mengambil wang cukai bagi bayar untuk pengguguran di luar negeri. Tiada sesiapa yang dapat bayangkan jika anda ialah bayi itu. Tiada sesiapa yang dapat bayangkan jika anda ialah orang-lembu dan bayi lembu itu. Saya tak begitu byk menyalahkan anda. Saya hanya perlu beritahu anda segala kebenaran, berharap anda ada telinga untuk dengar dan hati untuk faham.Kerana ada terlalu banyak guru spiritual palsu. Mereka ada gereja besar, tokong besar tetapi tidak mengajar anda perkara yang betul. Sesetengah biksu malah masih bunuh orang-anjing, makan mereka, sediakan tujuh masakan istimewa daripada orang-anjing dan makannya. Biksu, memakai jubah biksu pun. Bayangkan itu? Kemudian minum arak dan apa-apa saja, berjudi, dapatkan gadis dan wanita, buat perkara, malah kanak-kanak dan sebagainya, dan menipu orang untuk mengambil hartanah, barangan kemas dan wang mereka. Begitu banyak kononnya biksu melakukan itu.